Minggu, 17 Februari 2013

Mata hati Yang Buta

Seribu orang dari kalian belum tentu satu diantara kalian yang peduli denganKu,
Mana diantara kalian,, 
Puluhan tahun kau kaji Al Qur'an kau dalami Al Hadits,,
Namun.. engkau masih jauh dariKu
Aku sangat dekat denganmu
Ibadahmu menjauhkan dirimu
Tidakkah kau melihat Aku yang menghidupkanmu

Senin, 11 Februari 2013

Ulama' Sejati

Sa' tui jati teparan Ulama'
Si' alim sholeh ikhlas dan tegak
Berjuang ndekne ngarepan
Lek paden mahluk si' jari panjak
Cume lek nene' si' maha berhak
Dunia akhirat memberikan jasak

Sifat sak wajib lek para ambiya'
Wajib pada ulama'
Namun empat sifat sino ndekne arak
Marak jahil juhalak

Apelagin girang lekak
Remehan guru dait ina' ama'
Berjuang selalu mengambil muka
Lek paden mahluk si' jari panjat
Ngarep pujian kursi dan perak

Published with Blogger-droid v2.0.10

RAHASIA MUTIARA THARIQAT ANFASIYAH

Oleh:
USTAZ SAHFARI HASYIM

Thariqat anfasiah ialah thariqat yang mengajarkan zikir melalui jalan nafas, mula-mula thariqat ini di sebarkan oleh salah satu wali yang ada dipulau jawa yang dikenal dengan nama wali songo, diantara wali yang menyebarkan thariqat ini ialah Sunan Kali Jaga atau Raden Said.
Zikir nafas merupakan zikir tingkat tinggi dimana para penerima zikir ini akan dibawa kepada pengenalan “diri yang sejati” sehingga ia lebih dekat dengan dirinya yang haq. Disamping itu zikir napas ini akan membawa seseorang kepada maqam keabadian dalam berzikir, karena selama napas itu masih dikandung badan selama itu pula nafas ini tidak akan berhenti menyebut Allah swt. Nafas tidak mengenal cela, salah, tidak di gunjing, di fitnah, bahkan tidak pernah mencuri, merampok, membunuh dan lain-lain dari pada sifat-sifat yang mazmumah. Oleh karena itu nafas dapat dikatakan makhluk yang kudus (suci).
Zikir pada thariqat anfasiyah tidak di amalkan seperti kita mengamalkan zikir pada thariqat qadiriyah dan naqsyabandiyah. Zikir ini cukup di gerakkan atau di fungsikan melalui jalan bai’at kepada guru yang memiliki ijazah dari seorang mursyid yang sudah di akui kebenarannya. Apabila nafas sudah berfungsi maka ia tidak akan berhenti menyebut Allah swt, dalam dirinya sendiri, mengingat Allah swt, dalam dirinya sendiri dan nafas ini tidak mengenal lupa sekalipun seseorang itu dalam keadaan tidur bahkan dalam keadaan sakratul maut nafas itu tidak pernah lengah dalam mengingat Allah swt.
 

Rabu, 16 Januari 2013

Kajian Tasawuf Lombok melalui bedah karya sastra kuno Takepan

 Pembaca Takepan : Aq. Junaidi
Penerjemah takepan : TGH. Rahmat Hidayatullah
Kajian ini khusus untuk kalangan DEWASA..!
Untuk mendownload MP3 Takepan ini anda harus punya akun di www.4shared.com.
versi lain
Download dari Youtube.

Sufi Lombok: Untuk mengkaji kandungan takepan ini anda harus benar-benar berada ditingkat spiritual yang lebih tinggi supaya kandungan takepan yang sebenarnya dapat dipahami, dan terhindar dari salah tangkap yang akan menimbulkan fitnah. Untuk mencapai keadaan demikian anda harus mampu mematikan diri pandanglah diri YANG HAQ yang maha hidup dialah sumber segalanya, ingat bahasa manusia merupakan sumber fitnah dan kebohongan belaka belajarlah mendengarkan bahasa Allah, bergurulah kepadaNya.
Semoga bermanfaat.

Selasa, 01 Januari 2013

Mecari Diri

Annafs dari Allah adalah diri yang sejati. Awal penciftaan manusia adalah diciptakan jasad dari tanah oleh Allah lalu ditiupkan Annafs kedalam jasad lalu hiduplah adam. Penciftaan yang kedua seperti kehidupan nyata yang kita alami saat ini dari pernikahan bertemunya sperma dengan ovum lalu terbentuk segumpal daging setelah berumur 3 bulan ditiupkan annafs kedalam jabang bayi setelah 9 bulan 10 hari lahirlah manusia.
Kini lahirlah manusia baru dengan beberapa tingkat pertumbuhan dari anak anak dewasa hingga jadi orang tua. Dalam perjalanan hidup yang sangat singkat ini disibukkan oleh berbagai suka duka yang dihadapi seperti yang anda rasakan saat ini

Dari penomena singkat diatas jelas bahwa diri sejati kita telah dilupakan oleh berbagai masalah dunia sebagai contoh sibuk mencari kekayaan, kedudukan, menghadapi masalah baik rumah tangga, berorganisasi maupun dalam bermasyarakat.
Walaupun sekelumit masalah diatas dibarengi dengan ibadah namun jarang sekali orang sampai pada diri yang hak. Hanya terpaku pada perintah dan larangan Tuhan yaitu taat dan menyembah saja tak tau makana dari bersyariat sehingga tak ada yang sampai pada hakikat karena belum makrifat. Uraian ini perlu dikaji secara mendalam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 26 Desember 2012

AL HIKAM IBNU AL ATAILAH 68, 69. KETAATAN ADALAH KURNIAAN ALLAH S.W.T

JANGANLAH KETAATAN KAMU KEPADA ALLAH S.W.T MENGGEMBIRAKAN KAMU KERANA KAMU MELIHAT TELAH MELAKSANAKANNYA, TETAPI GEMBIRALAH KERANA MELIHAT KETAATAN ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T KEPADA KAMU. UCAPKANLAH: “DENGAN SEBAB KURNIA ALLAH S.W.T KEPADA HAMBA-NYA, MAKA DENGAN DEMIKIAN ITULAH MEREKA PATUT BERGEMBIRA, ITU LEBIH BAIK DARI APA YANG MEREKA KUMPULKAN”.
DILARANG KEPADA ORANG YANG MASIH BERJALAN MENUJU ALLAH S.W.T DAN ORANG YANG TELAH SAMPAI KEPADA-NYA DARI MELIHAT KEPADA AMAL PERBUATAN MEREKA DAN AHWAL YANG MEREKA BERADA DI DALAMNYA. ORANG YANG MASIH DALAM PERJALANAN BELUM MENCAPAI KETEGUHAN BENAR BERSAMASAMA ALLAH S.W.T DALAM AMAL DAN AHWAL. ADA PUN ORANG YANG TELAH SAMPAI, TELAH DILENYAPKAN ALLAH S.W.T KESEDARANNYA KE DALAM PENYAKSIAN (MELIHAT-NYA), TIDAK LAGI MELIHAT KEPADA AMAL DAN AHWAL.


Hikmat 67 menghuraikan, hatilah yang menghadap atau membelakang, berdasarkan kedudukan kerohanian seseorang. Hati yang baharu keluar dari selimut kegelapan dan masuk kepadanya cahaya Nur Ilahi akan melahirkan sikap gemar melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Kalau dahulu dia memaksa dirinya untuk beribadat, kini dia berasa mudah untuk beribadat dan tidak berasa berat walaupun banyak ibadat yang dilakukannya. Perubahan yang berlaku ini disedarinya dan dia sangat bergembira dengan perubahan tersebut. Kadangkadang dia membandingkan amal kebaikannya dengan amal kebaikan orang lain yang masih hanyut dalam kelalaian. Bertambah ketara kepadanya akan kekuatan dia melakukan ibadat. Bertambah pula kegembiraannya. Lahirnya perasaan demikian adalah kerana kuat azamnya untuk berjuang membuang sifat-sifat tercela dan menghidupkan sifat-sifat terpuji. Apabila dia melihat sifatsifat terpuji sudah menghiasi dirinya timbullah kegembiraannya kerana usahanya telah mengeluarkan hasil yang baik. Beginilah kesan yang muncul pada orang yang bersandar kepada usaha dan amalnya. Inilah yang selalu berlaku kepada orang yang masih diperingkat permulaan, sebelum hatinya mencapai kematangan.

Orang yang bersandar kepada usaha dan amalnya tidak dapat maju dalam bidang kerohanian. Jika dia mahu maju dalam perjalanannya dia hendaklahmengubah haluan pandangannya. Dia tidak boleh lagi memandang dari amalkepada Allah s.w.t, sebaliknya dia hendaklah memandang dari Allah s.w.tkepada amal. Dia tidak seharusnya melihat amal sebagai kenderaan yangmembawanya menuju Allah s.w.t, sebaliknya dia seharusnya melihat amal ituadalah tarikan dari Allah s.w.t agar dia dapat menuju kepada-Nya. Dia tidakseharusnya berasa gembira melihat amalnya membawanya hampir dengan Allahs.w.t, kerana penglihatan begini mengandungi tipu daya. Dia hendaklah melihatAllah s.w.t sahaja yang bertindak membawanya hampir dengan-Nya. Amal yanglahir daripadanya adalah kurniaan Allah s.w.t sebagai tanda bahawa diadipersiapkan untuk bertemu dengan Tuhannya. Inilah seharusnya membuat diabergembira. Allah s.w.t memberi peringatan tentang perkara ini dengan firman-Nya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Dengan kurnia Allah dan dengan rahmat-Nya,maka dengan demikian seyogialah mereka bersukacita. Itulah yang lebih baikdaripada apa yang mereka kumpulkan”. ( Ayat 58 : Surah Yunus )
Dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepadakamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaituorang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). ( Ayat 83 :Surah an-Nisaa’ )
Ayat di atas mengajak kita melihat bahawa diri kita tidak mempunyai sebarang daya dan upaya. Tidak bergerak sebesar zarah pun melainkan dengan izin Allah s.w.t. Segala-galanya datang dari Allah s.w.t. Allah s.w.t sahaja yang menciptakan segala sesuatu termasuklah amal kebaikan yang kita lakukan. Kita sendiri tidak mampu melakukan perbuatan baik itu. Apa juga kebaikan yang muncul dari kita adalah kurniaan Allah s.w.t kepada kita. Amal kebaikan itu adalah rahmat dari Allah s.w.t, bukan hasil usaha kita. Jadi, kita sepatutnyabergembira menerima rahmat-Nya tidak bergembira melihat diri kita berbuat kebaikan.

Satu lagi tipu daya yang halus yang sering mengganggu perjalanan seorangmurid adalah keinginan untuk mengetahui makam yang telah dicapainya. Diasuka mengintai-intai dirinya. Dia bertanya pada dirinya apakah hatinya sudahsuci bersih, apakah dia sudah mencapai martabat wali Allah, apakah dia sudahmenjadi Insan Kamil, apakah dia sudah mencapai makam bersatu dengan Allahs.w.t, apakah sudah ada kekeramatan pada dirinya dan lain-lain darjatkerohanian. Perkara yang seperti ini boleh mengganggu perjalanan kerohaniankerana ia menjuruskan perhatian kepada diri sendiri dan menambahkankekebalan hijab diri dan semakin menutup mata hati dari melihat kepada Allahs.w.t. Selagi dia ‘menghidupkan’ dirinya dalam kesedarannya selagi itulah diatidak dapat masuk ke Hadrat Allah s.w.t.
Orang yang mahu mencapai Allah s.w.t hendaklah terlebih dahulu mencapaimakam benar bersama-sama Allah s.w.t dalam amal dan ahwalnya. Hatinyasentiasa teguh bersama-sama Allah s.w.t, bukan bersama-sama dirinya,amalnya dan kedudukan kerohaniannya. Maksud dan tujuan hanyalah Allahs.w.t. Amal dan ahwal bukanlah tujuan tetapi hanya alat untuk menuju kepadatujuan. Orang yang telah sampai kepada matlamat memperolehi kedudukanbenar bersama Allah s.w.t. Akal, nafsu dan hati berada dalam suasana harmoni.
Apabila akal dan nafsu tidak lagi menghijab, maka mata hatinya menjadi celik dan dia masuk kepada penyaksian. Hatinya menyaksikan amal kebaikan yang keluar daripadanya adalah kurniaan Allah s.w.t, maka dia lenyap dalam perbuatan, takdir atau lakuan Allah s.w.t. Dia tidak lagi melihat kepada amal tersebut. Ahwal adalah tajalli Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Apabila Allah s.w.t bertajalli, segala sesuatu binasa kecuali Wajah-Nya. Kesedaran si hamba hilangdalam penyaksian hakiki mata hati. Pandangan yang hakiki tidakmemperlihatkan amal dan ahwalnya. Dia hanya menyaksikan Allah s.w.t YangMaha Esa.

Ikuti juga Kajian Al Hikam DISINI

Rabu, 19 Desember 2012

Berihram Sebelum Sholat

Untuk menggapai kekhusukan dalam sholat yang utama adalah bersih zahir dan batin, tanggalkan segala bentuk pakaian keduniaan sehingga nampak nyata cahaya diri lalu siap menghadap kahadirat Allah, ALLAHUU AKBAR, mikraj bersimpuh dihadapaNya.